Submitted by admin on Sat, 06/23/2018 - 05:45
PLT Perkongsian Liabiliti Terhad, Daftar Syarikat PLT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

APA ITU PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD?

Masih ramai yang tidak tahu bahawa di bawah seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, terdapat suatu jenis pendaftaran perniagaan yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Syarikat Sdn Bhd dengan kos penubuhan / pendaftaran serta kos sara pengurusan tahunan yang lebih murah dan menjimatkan.

Itulah ia yang dinamakan PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD / LIMITED LIABILITY PARTNERSHIP (PLT/LLP).

Untuk makluman, PLT ini adalah dikawalselia di bawah peruntukan Akta dan Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Berdasarkan nama sahaja, kita sudah dapat mengecam bahawa ianya adalah sebuah Perkongsian sama seperti Perkongsian konvensional yang lain, cuma ada sedikit kelainan dari segi liabilitinya, di mana liabilitinya adalah terhad.

Apa maksud Liabiliti Terhad?

Liabiliti terhad bermaksud liabiliti seorang usahawan / peniaga adalah terhad hanya kepada jumlah pelaburan yang sudah dilaburkan di dalam sesebuah perniagaan. Tatkala berlakunya bankrupsi atau insolvensi dalam perniagaan,  peniaga tidak lagi perlu menampung beban hutang dan tanggungan perniagaan, memadai dengan modal yang sudah pun dimasukkan sebagai modal pusingan perniagaan. Ini adalah kerana pemilik perniagaan serta perniagaan tersebut dilihat sebagai dua (2) entiti yang berbeza.

Untuk memahami lebih lanjut berkenaan Liabiliti Terhad ini, ayuh kita tengok contoh dan ilustrasi sebagaimana berikut :-

Nama Syarikat : Syarikat Selalu Rugi Sdn Bhd
Modal Saham : RM10,000
Hutang tertunggak : RM20,000

Mengambil contoh kes di atas, seandainya syarikat mengalami bankrupsi dan insolvensi, pemegang saham tersebut tidak perlu menambah wang peribadi untuk melangsaikan  hutang syarikat yang berjumlah RM20,000, memadai dengan  modal saham RM10,000 yang sudah dilaburkan itu.

Konsep yang sama juga terpakai untuk PLT, di mana liabiliti terhad ini merujuk kepada liabiliti ahli kongsi, dan mereka tidak perlu menambah wang peribadi untuk menampung beban hutang perkongsian tatkala menghadapi bankrupsi dan insolvensi.

Berikut adalah manfaat yang dinikmat oleh sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad berbandaing Syarikat Sdn Bhd., :

**PLT VS SDN BHD**

1- Kos yang jauh lebih murah dan jimat, iaitu kos penubuhan serta kos pengurusan tahunan kerana PLT tidak perlu menyerahsimpan Penyata Kewangan beraudit kepada SSM sebagaimana Syarikat Sdn Bhd.

2- Keputusan perniagaan dapat dicapai dan dibuat jauh lebih mudah tanpa perlu formaliti sebagaimana Syarikat Sdn Bhd, yang memerlukan Resolusi Pengarah, Mesyuarat Ahli Lembaga, dan pelbagai dokumentasi dan formaliti lain yang adak rumit. Ada kes, nak bayar bonus pun kena tunggu Pengarah balik bercuti untuk tandatangan.

Menarik bukan?

Menurut data, hanya terdapat lebih kurang 12,000 PLT yang berdaftar berbanding 1,196,000 Syarikat Sdn Bhd pada tahun 2016, menunjukkan betapa ramai usahawan khususnya di kalangan rakyat Malaysia khususnya yang masih belum tahu dan kurangnya pendedahan berkenaan kewujudan PLT ini.

Jadi, mengapa tunggu lagi?

Jom daftar PLT sekarang bersama Daftarniaga.my

InsyaAllah saya cuba bantu, hubungi saya, Mohd Hamdi Mohd Azmee di talian berikut;

h/p : 0129545506,  atau terus whaspp dengan klik link dibawah,

Http://www.wasap.my/60129545506/DaftarNiaga

Hamdi Daftar Niaga

Terima kasih. :)

Mohd Hamdi Mohd Azmee
www.daftarniaga.my

 

#DaftarPerniagaan, #DaftarSyarikat, #DaftarSyarikatPLT, #PerkongsianLiabilitiTerhad